Wednesday, 31 August 2011

Jalan Hari Raya

Jalan- Hari Raya , Hari Pertama 

YAY! Hari Raya pun dah tiba , saya rasa seperti semalam baru saja saya berpuasa. Amat merindukan bulan ramadhan. Hari ini, saya dan keluarga telah pergi kunjung-mengunjungi ke rumah saudara-mara saya. Kita selalu mengunjungi rumah orang tua dulu kerana ia lebih hormat dan orang tua selalunya tidur awal jadi tidak sedap jika saya sekeluarga datang pada larut malam. Kita selalu mengunjungi "side" atok saya dahulu dan selepas itu kita akan ke "side" nenek saya. Selalunya, ibu saya akan mengacarakan sebuah open house dan buat satu hari itu, ramai orang akan mengunjungi rumah kami. Semalam, bila saya sedang jalan-raya, ibu saya terlupa menelefon rumah orang yang kita akan kunjungi itu dan bila kita tiba tiada orang di rumah jadi terpaksalah kita mengunjungi rumah orang lain. Saya dan keluarga telah mengunjungi dua rumah semalam kerana makcik dan pakcik saya telah datang kerumah nenek dan atok saya kerana mereka tua dan ia hormat untuk menziarahi mereka dahulu. 

PERSIAPAN SEBELUM PERGI KUNJUNG-MENGUNJUNGI

RUMAH PERTAMA: 
Kesian... tiada orang dirumah . terpaksalah kita kerumah kedua 

RUMAH KEDUA :

yumm.. sedapnye kuih muih ! 
Ade pokok cili , wow kool-nye!

Makcik dan Pakcik mengunjungi rumah nenek saya


Monday, 29 August 2011

Besok oh yeah dah raya!

Cepat betul masa berlalu. Pejam-celik, Pejam-celik hari raya pun dah tiba ! 
Tak sabar lah saya untuk mendapat duit collection hehe. 
Hari ini saya dan sekeluarga amat sibuk sekali. Saya telah menolong nenek dan pembantu rumah saya untuk memasak lauk-pauk seperti rendang, ketupat dan sebagainya.!
Memang meletihkan, saya juga harus menahan nafsu saya.. *sedapp*
Tapi, tahun ini saya sekeluarga tidak membuat kuih kerana kami fikir membeli kuih tunjuk lebih senang dan juga sedap ! :) Jadi, semalam saya sekeluarga telah ke Johor Bahru untuk "last minute shopping" . Terdapat banyak bazar yang menjual banyak jenis kuih-muih yang murah dan juga sedap. Sedang saya memilih kuih saya melihat ini :

Sila comment pendapat anda dibawah,
Patutkah wanita itu membuat sebegitu kepada anaknya?

SELAMAT HARI RAYA SEMUA! MAAF ZAHIR DAN BATIN . 



Serondeng POWER !
ALAMAK! Minyakkk....
Nenek dan pembantu rumah saya sedang mengisi ketupat . 

Besok Oh yeah dah raya, lupakanlah sengketa lama alahai.

Friday, 26 August 2011


LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Malam kali ini tidak sunyi. Letupan mercun sudah mula kedengaran dan kini kita sudah pun berada di minggu ke tiga Ramadhan. Minggu ke tiga yang penuh barokah bagi setiap umat manusia yang tidak mensia-siakanya kerana di minggu inilah terdapatnya hari yang bersamaan 1000 bulan dan kita perlu mencarinya.
Bak kata/sabda Nabi Muhammad S.A.W
“Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2017.
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya
Jadi, isilah malam-malam penghujung Ramadhan ini dengan ibadah-ibadah serta hidupkan malam-malam Ramadhan dengan pelbagai amalan-amalan kerana bagi  barangsiapa yang mendapat keberkatan malam itu, mereka amatlah beruntung. Kerana apa? Kerana mereka mendapat bonus 1000 bulan dari Allah S.W.T! Lihatlah betapa beruntungnya mereka dengan kurniaan dari Allah S.W.T sedangkan kurniaan dari manusia paling tidak pun cuma mendapat bonus 6 bulan atau paling minimal pun setengah bulan! Jadi janganlah sia-siakan peluang ini. 

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar:


1. Udara dan suasana pagi yang tenang
2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya
3. Terkadang terbawa dalam mimpi
4. Bulan nampak separuh bulatan
5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)
6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lezatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.

 

Sunday, 21 August 2011

Kuih Tradisional Melayu

Kuih Tradisional Melayu
Kuih tradisional melayu adalah kuih yang berasal dari dahulu dan asli biasanya dimasak oleh orang melayu 


WAJIK


Kuih wajik merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada pulut yang dimasak dengan manisan. Diantara jenis penyediaan wajik yang paling biasa dilakukan adalah pulut yang digunakan itu dimasak sehingga lembut. Cara lain pula adalah pulut yang digunakan itu dimasak jelatah (separuh masak). Ini akan menghasilkan rasa berkerutup apabila dimakan. Bagaimanapun cara ini jarang dilakukan kerana tidak ramai yang gemarkan rasa berkerutup ini kerana menganggapnya agak keras.
Selain itu wajik juga boleh dicampurkan dengan durian sekiranya ia dihasilkan pada musim durian. Ia amat digemari ramai terutamanya mereka yang dari pantai timur.
Wajik biasanya disediakan sepanjang masa, tetapi lebih meluas semasa musim perayaan. Bagaimanapun disebabkan rasanya yang agak manis, sesetengah orang tidak menggemarinya. 

Resepi

Bahan-bahan

  • 300 gm beras pulut
  • 150 gm gula nisan
  • 150 gm gula pasir
  • 2 biji kelapa diparut
  • 1 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • Secubit kapur (dilarutkan dengan 1 sudu teh air)
  • Cara

    Pulut direndam selama tiga jam sebelum di toskan. Kemudian pulut dikukus dalam kukusan selama 40 minit sebelum di sejukkan di dalam talam. Kelapa parut diperah patinya dengan kain jarang.
    Perah santan keduanya dengan empat cawan air. Masak gula nisan dengan satu cawan air. Manakala gula larut tapis. Secubit garam. Masak air gula merah bersama gula putih dan santan kedua. Masak sehingga air gula pekat dan berbenang, angkat dengan sudip.
    Masukkan pati santan. Ketika mendidih masukkan pulut. Kacau selama 1/2 jam lagi dengan api perlahan. Masukkan 1 sudu teh kapur. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam talam yang dialas dengan daun pisang.

    Baulu
    Secara amnya kuih bahulu terdiri dari 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah dari pembuat kuih traditional.

    Resepi

    Bahan-bahan

    • 10 biji telur gred A
    • 380gm gula pasir
    • 1 tsp esen ros (kalau suka. Kak ogy omit nih sb nak dapatkan bau ori bahulu)
    • 200gm tepung gandum
    • 1/4 tsp baking powder

    Cara-cara

    1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
    2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
    3. Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.
    4. Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
    5. Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.
    6. Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejab je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.
    7. Update : Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti.

    KUIH TART
    Kuih tat nenes merupakan sejenis kuih yang popular di Brunei, Malaysia dan Singapura. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan tepung dan jem. Pada kebiasaannya tepong adunan yang digunakan adalah tawar, kerana intinya manis. Bagi tat nanas, ia mempunyai inti yang diperbuat daripada jem nanas.

    Resepi

    Bahan-bahan

    • 200gm tepung gandum
    • 1 biji kuning telur
    • 150gm butter
    • 20gm tepung kastad
    • jem nenas secukupnya

    Cara-cara

    1. masuk semua bahan kecuali jem kedalam mangkuk n gaul hingga jadi doh.
    2. buat bentuk disukai, isi jem n bakar 30min


    SELAMAT MENCUBA !

Tips Kecantikkan Menggunakan Telur

Tips Kecantikkan Menggunakan Telur

Hey semua, hari-raya dah nak dekat , saya ada satu pertua yang boleh dipraktik kan bersama. Tak kira la lelaki atau perempuan. Mesti ramai yang berlumba-lumba nak dapatkan kulit muka yang mulus dan tulus dan sanggup abis kan duit sampai beribu-ribu kan. Tapi saya memang tak sanggup! Saya pakai cara yang mudah dan murah saja dengan menggunakan putih telur. Telur? Ia telur! :D

Banyaknye Telur! 

Aha saya ada idea ! Saya boleh menggunakan telur ini untuk sebuah masker
Tahukah anda manfaat putih telur? ia dapat mengurangkan kesan parut jerawat, mengecilkan liang-liang roma dan baik untuk kulit yang kering dan berminyak. Selain itu juga, dapat menanggalkan withehead dan blackhead. Boleh membuatkan kulit muka lebih tegang dan halus selain awet muda dan melembabkan kulit sebab mengandungi protien.

Cara-caranya, tak harus risau, senangje! 

Pertama Ambil sebiji telur kemudian pecahakan kedalam mangkuk. Ambil putih telur saja tau dan asingkan kuning telur.


Kedua: Selepas itu Pukul telur dalam mangkuk dan mangambil sedikit putih telur dan meletakkan ke seluruh muka. Biarkan untuk sepuluh minit, untuk tahu bila putih telur boleh dicuci, cuba senyum dan jika susah, itu menunjukkan putih telur sudah boleh dicuci. 


Ketiga: Jangan buang kuning teluh kerana ia boleh dijadikan sebagai pelembap. Selepas mencuci muka , ambil sedikit kuning telur dan sapukan ke seluruh muka. Gunnakan "smile-test" untuk tahu jika untuk tepat masanya untuk cuci. 


DAN WALAH! kulit muka yang mulus dan tulus hanya dengan menggunakan sebiji telur.
Selamat Mencuba!