LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Malam kali ini tidak sunyi. Letupan mercun sudah mula kedengaran dan kini kita sudah pun berada di minggu ke tiga Ramadhan. Minggu ke tiga yang penuh barokah bagi setiap umat manusia yang tidak mensia-siakanya kerana di minggu inilah terdapatnya hari yang bersamaan 1000 bulan dan kita perlu mencarinya.
Bak kata/sabda Nabi Muhammad S.A.W
“Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2017.
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya
Jadi, isilah malam-malam penghujung Ramadhan ini dengan ibadah-ibadah serta hidupkan malam-malam Ramadhan dengan pelbagai amalan-amalan kerana bagi barangsiapa yang mendapat keberkatan malam itu, mereka amatlah beruntung. Kerana apa? Kerana mereka mendapat bonus 1000 bulan dari Allah S.W.T! Lihatlah betapa beruntungnya mereka dengan kurniaan dari Allah S.W.T sedangkan kurniaan dari manusia paling tidak pun cuma mendapat bonus 6 bulan atau paling minimal pun setengah bulan! Jadi janganlah sia-siakan peluang ini.
Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar:

1. Udara dan suasana pagi yang tenang
2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya
3. Terkadang terbawa dalam mimpi
4. Bulan nampak separuh bulatan
5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)
6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lezatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.
Dalam banyak-banyak "posts" awak, inilah yang menarik perhatian dan juga kegemaran saya! :D maklumlah, saya ini lebih pentingkan agama (:
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin! :D