Saturday, 13 August 2011

Pemakanan Di Bulan Puasa

Ramadhan menjelma lagi. Apa yang terbayang di kotak fikiran kita tidak lain dan tidak bukan ialah kemeriahan pasar atau bazar Ramadhan. Ia seakan-akan pesta menjual makanan. Begitu meriah dengan pelbagai jenis kuih-muih, lauk-pauk serta minuman yang disediakan khusus buat juadah berbuka. Setelah seharian berpuasa, pastinya pelbagai juadah akan dibeli apabila berkunjung ke pasar atau bazar Ramadhan ini. Pada masa ini, apa saja yang teringin pasti akan dibeli tanpa memikirkan adakah kita mampu untuk makan kesemua makanan tersebut. Apa yang paling penting, rata-rata antara kita mula mengetepikan amalan makan secara sihat semata-mata kerana berpuasa. Tetapi jangan bimbang kerana hari ini kita akan meneroka topic : 

Pemakanan Di Bulan Puasa ! 


Jadi marilah, kita meneroka topic ini! 
tetapi sebelum itu, mari kite menonton video clip ini :

Disini, saya telah menyaraikan tips-tips untuk
 berbuka puasa : 

Tahukan anda  bahawa pengambilan makanan di bulan puasa tidak seharusnya berbeza daripada bulan-bulan yang lain.

Pemakanan kita sepatutnya dapat membekalkan tenaga, vitamin dan mineral yang sepatutnya agar dapat menjalankan tugas-tugas harian seperti biasa. Makan secara sihat di bulan puasa adalah penting untuk menghindar beberapa masalah kesihatan yang biasa berlaku di bulan puasa seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan kandungan gula rendah dalam darah dan sebagainya. Ia juga penting untuk membolehkan seseorang itu berpuasa dengan selesa. Oleh itu, makanlah secara sederhana dan pastikan pengambilan makanan yang seimbang untuk kekal sihat di bulan puasa.


TIPS UNTUK KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA
    1. Berikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal cergas di bulan puasa.
      • Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.
      • Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.
      • Minum banyak air  terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
      • Elakkan  mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.


TABIAT MAKAN YANG PERLU DI ELAKKAN DI BULAN PUASA
  1. Penjagaan kesihatan di bulan puasa adalah penting agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Berikut adalah beberapa tabiat     makan yang perlu dielak di bulan puasa.
    • Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.
    • Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.
    • Kurangkan makanan tinggi gula.
    • Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.
    • Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam  walaupun tidak terasa masin.
    • Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.



    MAKANAN YANG PENTING UNTUK DAYA TUBUH. 
    .Walaupun berpuasa, kita tetap perlu mengamalkan asas makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia. Ini kerana tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita. Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan-kumpulan makananberikut: 
    1. Nasi, roti, bijirin dan hasil bijiin.
    2. Buah-buahan dan sayur-sayuran
    3. Ikan, ayam, daging dan kekacang
    4. Susu dan produk tenusu
    5. Sedikit minyak, lemak, gula dan garam


No comments:

Post a Comment