Sunday, 21 August 2011

Kuih Tradisional Melayu

Kuih Tradisional Melayu
Kuih tradisional melayu adalah kuih yang berasal dari dahulu dan asli biasanya dimasak oleh orang melayu 


WAJIK


Kuih wajik merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada pulut yang dimasak dengan manisan. Diantara jenis penyediaan wajik yang paling biasa dilakukan adalah pulut yang digunakan itu dimasak sehingga lembut. Cara lain pula adalah pulut yang digunakan itu dimasak jelatah (separuh masak). Ini akan menghasilkan rasa berkerutup apabila dimakan. Bagaimanapun cara ini jarang dilakukan kerana tidak ramai yang gemarkan rasa berkerutup ini kerana menganggapnya agak keras.
Selain itu wajik juga boleh dicampurkan dengan durian sekiranya ia dihasilkan pada musim durian. Ia amat digemari ramai terutamanya mereka yang dari pantai timur.
Wajik biasanya disediakan sepanjang masa, tetapi lebih meluas semasa musim perayaan. Bagaimanapun disebabkan rasanya yang agak manis, sesetengah orang tidak menggemarinya. 

Resepi

Bahan-bahan

  • 300 gm beras pulut
  • 150 gm gula nisan
  • 150 gm gula pasir
  • 2 biji kelapa diparut
  • 1 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • Secubit kapur (dilarutkan dengan 1 sudu teh air)
  • Cara

    Pulut direndam selama tiga jam sebelum di toskan. Kemudian pulut dikukus dalam kukusan selama 40 minit sebelum di sejukkan di dalam talam. Kelapa parut diperah patinya dengan kain jarang.
    Perah santan keduanya dengan empat cawan air. Masak gula nisan dengan satu cawan air. Manakala gula larut tapis. Secubit garam. Masak air gula merah bersama gula putih dan santan kedua. Masak sehingga air gula pekat dan berbenang, angkat dengan sudip.
    Masukkan pati santan. Ketika mendidih masukkan pulut. Kacau selama 1/2 jam lagi dengan api perlahan. Masukkan 1 sudu teh kapur. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam talam yang dialas dengan daun pisang.

    Baulu
    Secara amnya kuih bahulu terdiri dari 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah dari pembuat kuih traditional.

    Resepi

    Bahan-bahan

    • 10 biji telur gred A
    • 380gm gula pasir
    • 1 tsp esen ros (kalau suka. Kak ogy omit nih sb nak dapatkan bau ori bahulu)
    • 200gm tepung gandum
    • 1/4 tsp baking powder

    Cara-cara

    1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
    2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
    3. Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.
    4. Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
    5. Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.
    6. Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejab je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.
    7. Update : Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti.

    KUIH TART
    Kuih tat nenes merupakan sejenis kuih yang popular di Brunei, Malaysia dan Singapura. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan tepung dan jem. Pada kebiasaannya tepong adunan yang digunakan adalah tawar, kerana intinya manis. Bagi tat nanas, ia mempunyai inti yang diperbuat daripada jem nanas.

    Resepi

    Bahan-bahan

    • 200gm tepung gandum
    • 1 biji kuning telur
    • 150gm butter
    • 20gm tepung kastad
    • jem nenas secukupnya

    Cara-cara

    1. masuk semua bahan kecuali jem kedalam mangkuk n gaul hingga jadi doh.
    2. buat bentuk disukai, isi jem n bakar 30min


    SELAMAT MENCUBA !

4 comments:

  1. Wah nampak sedapnye. Bawak sikit untuk aku eh? Kamu cuba semua resipi ini ke?

    ReplyDelete
  2. Ya, saya setuju. Kuih-kuih itu kelihatan sungguh sedap hingga ia
    membuat mulut saya berair :P

    ReplyDelete
  3. haha tidak , saya tidak cuba resipi itu kerana ibu saya kata tangan saya basah jadi bila saya buat kuih nanti masin heehe

    ReplyDelete
  4. WAHH !
    Kuih itu semua kelihatan sungggguhhhh ENAK :DD
    SAYA MAHU MENCUBA !!!!
    TT.TT
    Kekekeke ((:
    Wah! Ada kuih yang nama WAJAK ? o.o
    Peliknya nama !:DD
    Tetapi saya mahu mencuba !!!

    SELAMAT BERPUASA!!!
    -AMILIA:D -

    ReplyDelete